mcmc
Laporan Aktiviti

(NaDi) STEM – Straw Plane

Tarikh   : 21 Mac 2024

Masa    : 2.30 pm – 4.30 pm

Tempat : NaDi Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

Tujuan

Objektif kelas ini diadakan ialah untuk membuat eksperimen dan uji kaji bagaimana rintangan angin berlaku dan bagaimana kapal terbang berfungsi serta terbang dengan baik. 

Aktiviti

Projek Sains Straw Plane adalah projek kapal terbang yang dihasilkan hanya menggunakan straw, gunting, kertas, dan salotape. Kemudian, peserta-peserta ditunjukkan tutorial cara membuat straw plane tersebut dan dikehendaki untuk membuat sendiri straw plane menggunakan bahan-bahan yang telah disediakan. Selepas peserta siap menghasilkan straw plane tersebut, mereka dikehendaki untuk menerbangkan straw plane mereka untuk memastikan straw plane yang dihasilkan mengikut seperti yang telah ditunjukkan dan berjaya diterbangkan. Melalui kelas ini, peserta dapat mempelajari bahawa udara akan bergerak melalui gelung dan memberikan daya angkat, atau daya yang membuat kapal terbang naik.

Galeri Foto