Tarikh : 05 April 2024
Masa : 10.30 am – 12.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk mengajar dan membimbing murid sekolah tentang cara mudah membuat sampul duit raya mengikut imaginasi dan kreativiti masing-masing.
Aktiviti
Kelas membuat sampul duit raya ini diadakan dengan menggunakan aplikasi pengeditan Canva. Kelas ini melibatkan 7 orang peserta dari sekolah rendah dan menengah. Kelas dimulai dengan penerangan ringkas mengenai cara-cara untuk membuat asas sampul duit raya mengikut saiz sampul yang sesuai. Kemudian, petugas NADI menunjukkan cara untuk memilih warna untuk sampul duit raya dan juga menunjukkan langkah-langkah untuk mencari dan memilih gambar dan animasi yang sesuai untuk diletakkan pada sampul raya tersebut. Seterusnya, petugas membimbing peserta untuk memuat turun sampul duit yang telah siap dan seterusnya dicetak oleh petugas.