Tarikh : 19 April 2024
Masa : 10.30 am – 12.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk mereka bentuk alat pemungut sampah yang lebih ergonomik dan menghasilkan satu alat pemungut sampah yang boleh menjimatkan masa dan tenaga.
Aktiviti
Pendidikan STEM banyak memberi penekanan kepada aspek kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) di mana komponen ini dilihat dapat melahirkan generasi muda yang mempunyai kemahiran tinggi dalam menyelesaikan pelbagai masalah kompleks melalui pengetahuan dalam bidang komunikasi, kerjasama berpasukan, kreativiti dan sebagainya. Antara bahan yang digunakan untuk menghasilkannya adalah cawan kertas, straw, gunting, pensel dan salotape. Melalui kelas ini, dapat dirumuskan bahawa alat pemungut sampah ini dapat digunakan dengan mudah oleh pihak – pihak terlibat. Alat pengutip sampah ini dapat dikawal dengan mudah tanpa mengira umur. Ianya mudah dikawal oleh pelbagai peringkat pengguna.