Tarikh : 26 April 2024
Masa : 10.30 am – 12.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan fungsi lain yang terdapat pada Microsoft Excel kepada peserta seterusnya membimbing peserta menghasilkan lukisan doodle mengikut tema yang diberikan.
Aktiviti
Microsoft Excel adalah satu perisian hamparan dibangunkan Microsoft untuk sistem-sistem pengendalian Windows, macOS, Android and iOS. Melalui kelas ini, petugas menerangkan fungsi-fungsi yang terdapat pada software tersebut kepada peserta seperti cara untuk mengira jumlah, cara untuk hasilkan graf, cara untuk masukkan bentuk, dan lain-lain lagi. Kelebihannya adalah peserta memperoleh ilmu baru yang boleh diaplikasikan untuk pembelajaran kelak.