mcmc
Laporan Aktiviti

(NADI) ICT – Kelas Asas Microsoft Word

Tarikh   : 03 Mei 2024

Masa    : 2.30 pm – 4.30 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Menengah

Tujuan

Telah diadakan bertujuan untuk membantu peserta menguasai dan membiasakan diri dengan penggunaan Software Microsoft Word untuk kegunaan harian. Selain itu, kelas ini juga bertujuan untuk membimbing peserta belajar menaip menggunakan Microsoft Word dan juga untuk mendedahkan kepada mereka mengenai setiap fungsi yang terdapat pada Microsoft Word.

Aktiviti

Melalui kelas ini, peserta diterangkan mengenai cara untuk menukar jenis tulisan, saiz tulisan, warna tulisan, huruf besar dan kecil tulisan, dan juga cara masukkan gambar dari fail. Kemudian, peserta diberikan tugasan untuk menghasilkan biodata diri dengan menggunakan Microsoft Word. Antara kelebihan dan kebaikan yang diperolehi melalui kelas ini adalah peserta memperoleh ilmu baru yang boleh diaplikasikan ketika menyiapkan tugasan dan dapat melatih peserta supaya lebih mahir menggunakan tetikus dan papan kekunci yang merupakan komponen penting kepada komputer.

Galeri Foto