Tarikh : 04 Mei 2024
Masa : 10.30 am – 12.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Objektif kelas ini diadakan adalah untuk menarik minat belajar kanak-kanak dan juga untuk membiasakan peserta menggunakan tetikus dan papan kekunci dalam proses pembelajaran menggunakan komputer.
Aktiviti
Elearning merujuk kepada pembelajaran online, penyampaian pembelajaran dan latihan melalui sumber digital. Walaupun latihan online berdasarkan pembelajaran formal, ia disampaikan melalui peranti elektronik seperti komputer, tablet dan telefon pintar. Melalui kelas ini, petugas membimbing peserta melakukan aktiviti e-learning yang terdapat pada laman web pendidikan seperti aktiviti mengira, mewarna, menaip dan lain-lain lagi bagi menarik minat peserta untuk belajar dengan cara yang lebih atraktif. Kelebihan melalui kelas ini ialah dapat mmember pendedahan kepada peserta tentang ilmu teknologi dan siber seterusnya memperkembangkan lagi tahap intelektual peserta. Kuiz Kahoot juga diadakan pada akhir sesi kelas.