Tarikh: 20-22 April 2018
Masa: 9.00 Pagi – 10 Malam
Tempat: Dataran Umum Kulim
Peserta: Penduduk sekitar Kulim
Tujuan
Program ini diadakan bertujuan untuk mempamerkan kepada masyarakat berkenaan perkhidmatan berkaitan teknologi. Melalui pendedahan ini, masyarakat dapat didedahkan penggunaan ICT seperti perkhidmatan jalur lebar, perkhidmatan rangkaian mudah alih serta sebagainya. Melalui karnival ini, terdapat agensi-agensi kerajaan serta pelbagai jenis telco seperti Telekom Malaysia (TM), Digi, Altel, Celcom dan Maxis. Program ini dirasmikan oleh Ahli Majlis Kerajaan Negeri Dato’ NorSabrina Mohd Noor.
Aktiviti
Di samping itu, terdapat pelbagai aktiviti turut diadakan seperti pertandingan karaoke, demontrasi masakan, pertunjukkan karton-karton animasi serta cabutan bertuah.