Tarikh : 15 Mei 2024
Masa : 10.00 am – 12.00 pm
Tempat : SMK Tanjong Puteri
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah SMK Tanjong Puteri
Tujuan
Objektifnya adalah untuk membantu peserta untuk mengulangkaji pelajaran dan belajar perkara yang baru menerusi pembelajaran dalam permainan.
Aktiviti
Puzzle adalah salah satu permainan untuk melatih kemahiran berfikir aras tinggi seperti penyelesaian masalah dan juga mencipta peluang pembelajaran yang menyeronokkan untuk kanak-kanak. Melalui kelas ini pelajar akan membuat puzzle Bahasa Inggeris iaitu mencari perkataan dalam puzzle silang kata (wordsearch) dan juga perlu menyiapkan poster dengan kepingan puzzle (jigsaw puzzle) dalam tempoh masa yang ditetapkan. Antara kelebihan dari aktiviti ini adalah dapat meningkatkan kemahiran berfikir peserta dan kemahiran penggunaan komputer dan internet dengan bijak.