mcmc
Laporan Aktiviti

(NADI) STEM – Cup Stacking

Tarikh   : 05 Jun 2024

Masa    : 10.00 am – 12.00 pm

Tempat : SMK Tanjong Puteri, Kuala Ketil

Peserta : Pelajar Sekolah Menengah

Tujuan

Objektifnya adalah untuk membina corak/susunan cawan yang telah ditetapkan secepat mungkin dengan menggunakan tali seterusnya mencabar setiap peserta untuk mengembangkan kemahiran mereka untuk menyelesaikan tugasan. 

Aktiviti

Pada permulaannya petugas memberi penerangan ringkas mengenai aktiviti ini kepada peserta seperti cara untuk menyusun, kedudukan corak/susunan cawan dan peraturan ketika akitviti dijalankan. Ia boleh dilakukan secara individu atau berpasukan. Urutan cawan yang akan disusun berdasarkan piramid sama ada 3, 6, atau 10 cawan. Antara manfaat melalui aktiviti ialah menggalakkan koordinasi tangan-mata, ambidexterity, kepantasan dan tumpuan.

Galeri Foto