mcmc
Laporan Aktiviti

(NADI) E-Learning – Animated Drawings 3D bersama Pelajar PASTI

Tarikh   : 06 Julai 2024

Masa    : 9.30 am – 11.30 am

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Pelajar PASTI Darul Ulum, Merbau Pulas

Tujuan

Diadakan bertujuan untuk menggalakkan pemikiran kreatif dan inovatif dalam cara yang menyeronokkan dan membolehkan kanak-kanak mengekspersikan imaginasi mereka melalui ciptaan animasi 3D ini. 

Aktiviti

‘Animated Drawings 3D’ merujuk kepada lukisan atau ilustrasi yang dihasilkan di atas kertas dan dihidupkan melalui teknik animasi. Ini bermakna objek-objek dalam lukisan tersebut kelihatan seolah-olah bergerak atau hidup dalam ruang tiga dimensi 3D. Aktiviti ini melibatkan 10 orang pelajar PASTI Darul Ulum, Merbau Pulas. Pada awalnya, petugas memberikan penerangan ringkas mengenai aktiviti ini mengenai cara untuk hasilkan lukisan dan cara untuk menjadikannya objek yang bergerak menggunakan laman web tersebut. Kelebihan aktiviti ini ialah dapat membantu kanak-kanak memahami konsep yang kompleks dengan lebih mudah melalui visual dan interaksi dan juga pendedahan kepada perisian dan teknik animasi 3D membolehkan kanak-kanak menguasai kemahiran teknologi moden, yang akan sangat berguna dalam era digital ini.

Galeri Foto