mcmc
Laporan Aktiviti

(NADI) ICT – Kelas Cara Menghantar Email Menggunakan Gmail

Tarikh   : 09 Julai 2024

Masa    : 10.00 am – 12.00 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Lepasan Pelajar Sekolah

Tujuan

Tujuan kelas ini adalah untuk membantu serta membimbing peserta untuk menghantar email dengan cara yang betul dan mengikut format.

Aktiviti 

Email adalah kaedah penghantaran mesej melalui rangkaian komputer, terutamanya internet. Mesej ini boleh mengandungi teks, gambar, video, atau lampiran lain. Antara perkhidmatan email yang popular adalah Gmail, Yahoo Mail, dan Outlook. Peserta diberikan penerangan ringkas mengenai cara dan fungsi yang terdapat pada Gmail seperti cara untuk upload file atau gambar, cara untuk format tulisan, cara untuk lampirkan link sebagai lampiran dan lain-lain lagi. Kemudian peserta diajar cara menaip email dengan betul seterusnya diajar cara untuk menghantar email menggunakan Google akaun/ Gmail tersebut.

Galeri Foto