mcmc
Laporan Aktiviti

Bazar Raya NADI Merbau Pulas 2026

Tarikh   : 14 Mac 2026

Masa    : 8.30 am – 4.00 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Terbuka

Tujuan

Tujuan Bazar Raya NADI adalah untuk menggalakkan aktiviti ekonomi komuniti setempat dengan memberi peluang kepada usahawan kecil dan penduduk menjana pendapatan melalui jualan produk seperti makanan, pakaian dan barangan raya. Selain itu, program ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara komuniti melalui suasana meriah sempena sambutan Hari Raya. Di samping itu, Bazar Raya NADI juga berfungsi sebagai platform untuk mempromosikan produk tempatan, meningkatkan kemahiran keusahawanan, serta memberi pendedahan kepada masyarakat tentang peranan NADI sebagai pusat aktiviti komuniti dan digital. Program ini turut menyokong gaya hidup sihat dan berinformasi melalui pengisian seperti saringan kesihatan, aktiviti interaktif dan perkongsian ilmu kepada pengunjung.

Aktiviti

Antara aktiviti yang diadakan adalah Well-Being / Kesejahteraan Kendiri : Saringan Kesihatan, NADI x Keusahawanan [Kidsventure] – Berniaga & Berjaya, NADI Keusahawanan [NADIPreneur/Empowerher] – Jenama Kuat, Pelanggan Melekat [Live Webinar], Jualan Usahawan, Pertandingan Mewarna Ibu & Anak, Pertandingan Anyam Ketupat Daun Palas, dan juga Pertandingan Jigsaw Puzzle Sampul Raya. Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Bazar Raya NADI Merbau Pulas. Terima kasih kepada para usahawan yang sudi meluangkan masa membuka booth jualan dan memeriahkan bazar dengan pelbagai produk menarik. Tidak dilupakan juga kepada para peserta yang mengambil bahagian dalam aktiviti dan pertandingan yang telah disediakan. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada seluruh komuniti yang hadir bagi memeriahkan suasana bazar ini. Kehadiran dan sokongan anda amat kami hargai dan menjadi penyuntik semangat untuk kami terus menganjurkan program yang bermanfaat kepada masyarakat. Terima kasih atas sokongan dan kerjasama anda semua. Semoga kita dapat bertemu lagi dalam program akan datang

Gambar di sini