Tarikh : 25 September 2024
Masa : 7.30 am – 2.30 pm
Tempat : UNISHAMS Kuala Ketil
Peserta : Terbuka
Tujuan
Tujuan NADI Kluster Baling membuka booth di karnival tersebut adalah untuk memperkenalkan perkhidmatan Pintar NADI, Kiosk My Digital ID, serta Program KITAR kepada peserta, sambil menyediakan aktiviti menarik yang menggabungkan elemen pendidikan dan hiburan.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan di karnival tersebut adalah Pengenalan Perkhidmatan Pintar NADI, Kiosk My Digital ID, Pengenalan program KITAR, Permainan Math IQ Test, dan Permainan Teka Bilangan Logo KDB. NADI Kluster Baling memperkenalkan perkhidmatan Pintar NADI, yang memfokuskan kepada kemudahan digital dan akses maklumat penting mengenai kesihatan dan perkhidmatan komuniti. Dengan adanya kiosk ini, ia memberi peluang kepada peserta untuk mendaftar dan memahami kepentingan My Digital ID, yang memudahkan mereka mengakses pelbagai perkhidmatan kerajaan dan awam secara dalam talian. Selain itu, peserta juga diperkenalkan kepada Program KITAR, yang memfokuskan kepada aktiviti kitar semula dan kepentingan menjaga alam sekitar. Antara kelebihan membuka booth ini dari segi Pintar NADI dan My Digital ID adalah peserta akan mempelajari cara menggunakan teknologi digital untuk mengakses perkhidmatan kerajaan dengan lebih mudah dan selamat, memudahkan kehidupan seharian mereka. Selain itu, program KITAR memberi peluang kepada peserta untuk memahami dan mempraktikkan amalan kitar semula, sekali gus menyumbang kepada usaha menjaga alam sekitar. Tuntasnya, karnival ini memberikan pelbagai manfaat kepada peserta melalui gabungan elemen kesihatan, teknologi, dan pendidikan dan peserta juga akan memperoleh pengetahuan baru tentang kesihatan diri, kepentingan digitalisasi, dan kesedaran alam sekitar.