Tarikh : 06 Disember 2023
Masa : 08:30 am – 1:30 pm
Tempat : SK Syed Sheh, Baling
Peserta : Terbuka
Tujuan
Memperkenalkan kefungsian PEDi kepada komuniti setempat di samping menerapkan kesedaran tentang keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab sebagai pengguna di media sosial. Selain itu objektif pelaksanaan program ini adalah untuk melahirkan generasi berliterasikan STEM yang berupaya menyelesaikan secara kreatif dan inovatif menggunakan pendekatan hands-on dan penerokaan terbuka.
Aktiviti
Kluster Baling telah dijemput untuk membuka booth pameran di Karnival Kokurikulum Koperasi, STEM dan Kerjaya di SMK Syed Abu Bakar. Antara aktiviti STEM yang dijalankan oleh pihak PEDi ialah seperti STEM Challenge (Jengga), STEM Challenge (Cups Stacking), STEM Challenge (Puzzle STEM), Musang Berjanggut, dan Dam Ular. Manakala aktiviti KDB pula ialah Roda Impian (Soalan berkaitan Klik dengan Bijak), Word Search Puzzle, dan lain-lain lagi.