mcmc
Laporan Aktiviti

Karnival STEAM peringkat Daerah Baling di SMK Kuala Ketil

Tarikh   : 20 September 2023

Masa    : 08:00 am – 1:00 pm

Tempat : SMK Kuala Ketil

Peserta : Pelajar Sekolah Menengah

Tujuan

Tujuan PEDi Kluster Baling membuka booth pameran adalah untuk memperkenalkan dan mempromosikan PEDi dikalangan pelajar SMK Kuala Ketil dan membuat aktiviti berkaitan STEAM. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mencetuskan dan menimbulkan minat murid untuk mempelajari bidang STEAM demi melahirkan murid yang kreatif dan inovatif.

Aktiviti

Kluster Baling telah dijemput untuk membuka booth pameran di Karnival STEAM peringkat Daerah Baling di SMK Kuala Ketil. Antara aktiviti yang dijalankan oleh pihak PEDi ialah STEAM Puzzle, IQ Test, Math Cross Number, Jenga Tower Challenge, Lantunan Graviti, Lego Challenge dan Car Balloon. Selain pameran STEAM, terdapat aktiviti lain juga seperti e- sport, Scrabble, lego, dam ular, replika Kaabah, roket target, pameran oleh pelajar pendidikan khas dan sejarah.

Galeri Foto