Tarikh : 29 Januari 2023
Masa : 10:00 am – 4:00 pm
Tempat : PEDi Merbau Pulas
Peserta : Terbuka kepada orang ramai
Tujuan
Tujuan program ini adalah untuk memudahkan komuniti setempat yang ingin berurusan dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tanpa perlu hadir ke cawangan JPJ yang terdekat.
Aktiviti
Antara perkhidmatan yang disediakan ialah pemeriksaan motosikal tamat tempoh melebihi 3 tahun, memperbaharui lesen memandu, memperbaharui cukai jalan, semakkan dan pembayaran saman. Dengan kehadiran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ramai komuniti setempat serta komuniti luar yang hadir untuk berurusan dengan pihak JPJ dan mendapat sambutan sangat mengalakkan dari komuniti setempat.