mcmc
Laporan Aktiviti

Kaunter Fizikal PADU (2)

Tarikh   : 11 Januari 2024

Masa    : 9:00 am – 6:00 pm

Tempat : PEDi Merbau Pulas

Peserta : Komuniti setempat

Tujuan

Objektifnya adalah untuk membantu dan memudahkan urusan komuniti mendaftar dan mengemaskini maklumat di sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Aktiviti

PADU merupakan pangkalan data utama negara yang selamat, komprehensif dan “near real time” ke arah digitalisasi dan penghasilan analitik yang tepat. Kepentingan mendaftar PADU adalah untuk memastikan rakyat yang layak mendapat manfaat, tidak tercicir daripada menerima subsidi bersasar, bantuan dan perlindungan sosial melalui sistem PADU. Dengan adanya kaunter fizikal ini, terdapat 100 lebih orang berjaya mendaftar dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU). Bukan itu sahaja, dengan adanya kaunter ini ia dapat memudahkan komuniti untuk membuat pengesahan identiti tanpa mengambil masa yang lebih lama seterusnya komuniti boleh terus melakukan perakuan pada sistem PADU. 

Galeri Foto