Tarikh : 06 Mei 2026
Masa : 11.00 – 11.15 am
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Pembukaan Kaunter CIMB Bank di NADI Merbau Pulas bertujuan untuk memudahkan penduduk Merbau Pulas dan kawasan sekitar mendapatkan akses kepada pelbagai perkhidmatan perbankan dengan lebih cepat dan mudah tanpa perlu pergi ke cawangan bank yang jauh.
Aktiviti
Program ini juga memberi peluang kepada masyarakat untuk membuka akaun simpanan dan akaun perniagaan, mendapatkan maklumat berkaitan pinjaman ASNB, pinjaman peribadi serta perlindungan takaful. Selain itu, inisiatif ini dapat meningkatkan kesedaran kewangan dalam kalangan komuniti setempat serta menggalakkan penggunaan perkhidmatan kewangan yang lebih selamat dan teratur. Terima kasih kepada semua yang hadir dan membuka akaun bersama kami hari ini! Dengan akaun CIMB, anda kini boleh menikmati kemudahan perbankan digital yang lebih mudah dan pantas.