mcmc
Laporan Aktiviti

Kaunter Pembukaan Akaun CIMB Bank | Oktober 2025

Tarikh   : 28 Oktober 2025

Masa    : 11.00 am- 5.00 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Terbuka

Tujuan

Program ini diadakan bagi memudahkan komuniti setempat membuka akaun bank dengan lebih cepat dan teratur melalui kaunter bergerak yang dibawa khusus oleh pihak CIMB Bank. Tujuannya adalah untuk meningkatkan akses kewangan, memudahkan urusan perbankan harian, serta memberi peluang kepada penduduk yang belum mempunyai akaun untuk memulakan pengurusan kewangan dengan lebih teratur.

Aktiviti

Sepanjang sesi, peserta mendapat penerangan mengenai jenis akaun, kelebihan setiap produk, serta proses pembukaan akaun yang ringkas dan efisien. Kehadiran kaunter ini turut membantu mengurangkan keperluan beratur lama di bank, sekaligus memudahkan urusan komuniti. Terima kasih kepada semua yang hadir dan membuka akaun bersama CIMB Bank! Dengan akaun CIMB, anda kini boleh menikmati kemudahan perbankan digital yang lebih mudah dan pantas. Tidak dilupakan, tahniah diucapkan kepada peserta yang bertuah kerana memenangi cabutan bertuah pada hari ini! Bagi yang terlepas peluang, nantikan sesi seterusnya!

Gambar di sini