Tarikh : 16 Mei 2024
Masa : 09.00 am – 3.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Matlamat utama program ini diadakan adalah untuk memberi kemudahan kepada masyarakat setempat untuk melakukan pelbagai urusan berkaitan dengan ASNB.
Aktiviti
Kerjasama antara ASNB Sungai Petani bersama NADI Merbau Pulas ini diadakan bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 3.00 petang. Seramai 3 orang kakitangan ASNB telah hadir dalam program tersebut. Antara kemudahan yang disediakan adalah seperti urusan pembukaan akaun, kemaskini maklumat peribadi, semakan baki pelaburan dan banyak lagi. Program ini mendapat sambutan yang memberansangkan di kalangan masyarakat setempat.