Tarikh : 01 Oktober 2022
Masa : 10:30 am – 12:30 pm
Tempat : Bilik Latihan PEDi Merbau Pulas
Peserta : Pelajar sekolah rendah
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan para peserta mengenai aplikasi Canva.
Aktiviti
Para peserta diberikan taklimat awal terlebih dahulu mengenai cara untuk menghasilkan poster sempena sambutan Maulidur Rasul 1444H/2022 yang akan tiba tidak lama lagi. Seterusnya, para peserta mula menghasilkan poster mereka dengan baik dan kreatif berdasarkan tema Maulidur Rasul 1444H/2022 iaitu “Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran”.