Tarikh : 19 Mei 2023
Masa : 10:30 am – 12:30 pm
Tempat : PEDi Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan untuk memberi pendedahan awal kepada para peserta mengenai cara-cara menaip menggunakan komputer.
Aktiviti
Pendedahan awal diberikan kepada kanak-kanak mengenai fungsi ‘keyboard’ untuk menaip, cara menaip dengan betul, kelebihan menaip dengan betul dan lain-lain lagi. Latihan menaip dan mengira juga diberikan melalui laman web pendidikan iaitu Digi Puzzles. Kuiz Kahoot juga diadakan di akhir sesi pembelajaran untuk menguji pengetahuan yang telah diperoleh sepanjang kelas dijalankan.