Tarikh : 07 Julai 2022
Masa : 3:00 pm – 5:00 pm
Tempat : Bilik Latihan PEDi Merbau Plas
Peserta : Pelajar sekolah rendah
Tujuan
Tujuan kelas ini adalah untuk memberi pengenalan dan penerangan yang terperinci kepada para pelajar tentang bahagian asas komputer.
Aktiviti
Pelajar telah diterangkan tentang bahagian asas komputer dan fungsinya. Seterusnya para pelajar juga diberikan pendedahan awal mengenai Microsoft Word, hal ini kerana ia amat penting dan menjadi perkara asas yang para pelajar peru pelajari bagi melahirkan generasi celik IT.