mcmc
Laporan Aktiviti

Kelas Komputer (Google Maps)

Tarikh   : 01 April 2023

Masa    : 10:30 am – 12:30 pm

Tempat : PEDi Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan untuk memperkenalkan Google Maps kepada para peserta dari segi fungsi, manfaat, cara penggunaan aplikasi tersebut dan lain-lain lagi.

Aktiviti

Pada awal permulaan kelas, petugas telah memberikan penerangan mengenai aplikasi Google Maps kepada para peserta dari segi pengenalan, fungsi, manfaat, cara penggunaan aplikasi tersebut dan lain-lain lagi. Seterusnya, petugas dan peserta membuat carian bersama-sama mengenai tempat-tempat pelancongan yang terdapat di luar negeara seperi carian kedudukan Eiffel Tower di Paris. Pada akhir sesi kelas, para peserta ditugaskan untuk membuat carian kawasan perumahan mereka melalui aplikasi Google Maps tersebut, seterusnya plot peta dengan menggunakan Snipping Tool.

Galeri Foto