Tarikh : 08 April 2023
Masa : 10:30 am – 12:30 pm
Tempat : PEDi Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan para peserta mengenai kelebihan lain yang terdapat di Microsoft Excel dan juga untuk memberi tunjuk ajar kepada para peserta mengenai cara-cara untuk menghasilkan tulisan khat kalimah ALLAH Microsoft Excel.
Aktiviti
Pada awal sesi kelas, petugas telah memberikan penerangan mengenai aktiviti yang akan dilakukan iaitu menghasilkan tulisan khat kalimah ALLAH di Microsoft Excel. Kemudian, petugas memberikan tunjuk ajar secara ‘step by step’ kepada peserta dan para peserta perlu menyiapkan tulisan khat tersebut mengikut kreativiti masing-masing.