Tarikh : 03 Disember 2022
Masa : 10:30 am – 12:30 pm
Tempat : Bilik Latihan PEDi Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Tujuannya adalah untuk mempertingkatkan tahap ataupun ilmu pengetahuan para peserta terhadap ICT dan komputer.
Aktiviti
Para peserta yang hadir diajar cara-cara untuk membuat caption bergerak seperti tulisan di television dengan mengunakan Microsoft PowerPoint. Pada awal sesi kelas, mereka perlu memuat turun gambar untuk dijadikan sebagai latarbelakang caption yang akan bergerak tersebut seperti gambar jenama restoran dan lain-lain lagi. Seterusnya mereka juga diajar cara untuk membuang latarbelakang sekeping gambar dengan menggunakan Microsoft PowerPoint, peserta yang hadir terdiri dari pelajar sekolah rendah. Kuiz Kahoot juga diadakan pada akhir sesi kelas.