Tarikh : 13 Mac 2023
Masa : 10:30 am – 12:30 pm
Tempat : PEDi Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada para peserta mengenai cara-cara untuk menghasilkan folio melalui Microsoft Word.
Aktiviti
Pada awal permulaan kelas, petugas telah menerangkan mengenai folio dan cara-cara untuk menghasilkannya kepada para peserta yang hadir. Seterusnya, para peserta diajar cara-cara untuk menghasilkan folio mengikut format yang ditetapkan dan juga mengikut kreativiti masing-masing. Mereka juga diajar cara untuk memasukkan page borders, cara untuk menukar alignment, indentation, spacing dan lain² lagi. Kuiz Kahoot juga diadakan pada akhir sesi kelas.