Tarikh : 01 Mac 2023
Masa : 10:30 am – 12:30 pm
Tempat : PEDi Merbau Pulas
Peserta : Wanita
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan untuk membantu dan membimbing para peserta untuk membuat Pendaftaran Tahun 1 dan Pra Sekolah.
Aktiviti
Petugas memberikan tunjuk ajar serta membimbing para peserta untuk membuat Pendaftaran Tahun 1 dan juga Pendaftaran untuk Pra Sekolah kerana pendaftaran Tahun 1 dan Pra Sekolah untuk Sesi 2024/2025 telah dibuka. Pendaftaran Tahun 1 dibuat melalui laman web https://idme.moe.gov.my/, manakala Pendaftaran untuk Pra Sekolah pula dibuat melalui laman web https://eprasekolah.moe.gov.my.