Tarikh : 06 September 2022
Masa : 10:30 am – 12:30 pm
Tempat : Bilik Latihan PEDi Merbau Pulas
Peserta : Pelajar sekolah rendah
Tujuan
Memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme di dalam jiwa pelajar-pelajar sekolah supaya terus kekal sehinggan remaja dan dewasa kelak.
Aktiviti
Petugas memaparkan video mengenai sejarah dan latar belakang Hari Malaysia yang disambut pada 16 September pada setiap tahun di YouTube kepada para peserta, seterusnya petugas menerangkan dengan lebih terperinci mengenai sejarah wujudnya Hari Malaysia kepada para peserta seperti untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia juga menandakan penggabungan bersama Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.