Tarikh : 22 Disember 2022
Masa : 10:30 am – 12:30 pm
Tempat : PEDi Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Untuk mengisi masa lapang para peserta yang hadir dengan perkara ataupun aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat.
Aktiviti
Kuiz diadakan melalui laman web Quizizz dan mereka perlu menyelesaikan setiap soalan yang diberikan termasuk soalan pengiraan dan lain-lain lagi. Pertandingan kuiz ini melibatkan 6 orang peserta yang hadir iaitu pelajar-pelajar sekolah rendah yang terdiri daripada 2 lelaki dan 4 perempuan. Antara impak positifnya ialah dapat menggalakkan murid menjana idea dalam menyelesaikan sesuatu masalah, dapat meningkatkan penguasaan pelajar terhadap istilah Sains dan Matematik dan juga dapat meningkatkan daya pemikiran kreatif dan kritis di kalangan murid.