Tarikh : 21 Januari 2023
Masa : 10:00 am – 1:00 pm
Tempat : PEDi Merbau Pulas
Peserta : Usahawan
Tujuan
Tujuan Kursus Latihan Pengendali Makanan ini diadakan adalah untuk membantu para peserta memperoleh sijil pengendali makanan yang sah.
Aktiviti
Kursus Latihan Pengendali Makanan ini berlangsung secara atas talian bersama pihak SLPM NZ Bunga Venture. Para peserta diajar cara menguruskan dan mengendalikan makanan secara betul, kursus ini wajib bagi setiap usahawan dan individu yg bekerja dalam sektor melibatkan makanan. Selain itu, para peserta juga ditayangkan dengan sebuah video dan mereka perlu senaraikan kesalahan-kesalahan yang terdapat pada video tayangan tersebut. Kuiz juga diadakan pada akhir sesi bagi memastikan para peserta memahami dengan betul mengenai cara mengendali makanan dengan cara yang betul terutamanya dari segi kebersihan.