mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Bulan Februari 2018

Kelas Typing-Wanita
 

Tarikh                 : 2 Februari 2018

Masa                  : 2.30 Petang – 4.30 Petang

Lokasi                 : PI1M Merbau Pulas

Peserta               : 5 Orang Peserta 

Tujuan

Seramai 5 orang peserta mengambil bahagian dalam program ini mereka diajar mengunakan ke sepuluh-puluh jari untuk menaip pantas dan membiasakan diri mengunakan keyboard untuk menaip.

Aktiviti

Belajar menaip dengan pantas mengunakan teknik yang betul dan cekap.

Galeri Foto

Kelas Gubahan Bunga

Tarikh                 : 10 Februari 2018

Masa                   : 9.00 pagi – 11.00 Pagi

Lokasi                 : PI1M Merbau Pulas

Peserta                 :10 Orang Peserta 

 

Tujuan

Seramai 10 orang peserta mengambil bahagian dalam program ini, peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan, setiap kumpulan terdiri dari 2 orang peserta, tujuan program ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran wanita dalam aktiviti gubahan bunga disamping itu juga aktiviti ini boleh membantu mereka untuk menjadikan gubahan bunga sebagai sumber pendapatan sampingan.

Aktiviti

Belajar cara mengubah bunga dari you tube dan mengaplikasikan cara gubahan bunga mengikut kreativiti masing-masing.

Galeri Foto

KDB- Kempen kesedaran E-waste

Tarikh                 : 10 Februari 2018

Masa                  : 11.00 pagi – 1.00 Petang  

Lokasi                 : PI1M Merbau Pulas

Peserta               : 10 Orang Peserta 

 

Tujuan

Seramai 10 orang peserta terlibat dalam program ini, memberi kesedaran tentang program e-waste supaya bahan-bahan elektronik dan gadjet tidak dilupuskan dengan cara yang tidak selamat, sebaliknya diletakan ke dalam kotak e-wate yang disediakan contoh di PI1M.

Aktiviti

Memberi penerangan tentang program e-waste dan apa yang boleh dikitar semula dan yang boleh dimasukkan ke dalam tong e-waste yang disediakan di PI1M.

 Galeri Foto

Kelas Latih Tubi
 

Tarikh                 : 15 Februari 2018

Masa                  : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi                 : PI1M Merbau Pulas

Peserta               : 13 Orang Peserta 

Tujuan

  • Teknik latih tubu adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Tujuannya untuk mendapat pengetahuan tentang Latih Tubi dan daftar sebagai pengguna.

Aktiviti

Laman web Latih Tubi ini boleh membantu pelajar untuk mengulangkaji mata pelajar.Para perserta telah membuat latihan subjek English,Matematik dan Sains di laman web tersebut.

Galeri Foto

Pertandingan Kuiz Permainan Tradisional
 

Tarikh                 : 19 Februari 2018

Masa                  : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi                 : PI1M Merbau Pulas

Peserta               : 5 Orang Peserta 

Tujuan

  • Pertandingan ini menguji pengetahuan peserta tentang Permainan Tradisional di Malaysia dan mereka dapat maklumat tentang Permainan Tradisional

Aktiviti

Para peserta dikehendaki menjawab kesemua soalan yang disediakan, dan pemenang dipilih berdasarkan jawapan yang betul dan kepantasan mereka dalam menjawan soalan yang disediakan.

Galeri Foto

 Kelas Jigsaw Planet Bersama Tadika Kemas Kg Bukit Banjir

Tarikh                 : 21 Februari 2018

Masa                  : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi                 : PI1M Merbau Pulas

Peserta               : 11 Orang Peserta 

Tujuan

  • Aktiviti ini bertujun untuk menarik  minat para pelajar tadika kemas untuk belajar kemahiran ICT mengunakan medium pembelajaran mengunakan komputer.

Aktiviti

Para peserta dikehendaki menyiapkan puzzle yang disediakan oleh petugas disamping itu para pelajar juga diajar cara mengendalikan komputer dengan betul.

Geleri Foto

Kelas Microsoft Word

Tarikh                 : 23 Februari 2018

Masa                  : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi                 : PI1M Merbau Pulas

Peserta               : 6 Orang Peserta 

Tujuan

  • Memberi pendedahan kepada para peserta menggunakan komputer untuk membuat jadual waktu melalui “Microsoft Word”.

Aktiviti

Para peserta mendapat pengetahuan tentang ICT, Microsoft Word,cara mengguna Microsoft Word,cara menyimpan document dan lain-lain

Galeri Foto

Kuiz Google Search Engine

Tarikh                 : 24 Februari 2018

Masa                  : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi                 : PI1M Merbau Pulas

Peserta               : 10 Orang Peserta 

Tujuan

  • Pertandingan ini menguji pengetahuan peserta tentang pengetahuan am dan mengunakan ICT dalam pembelajaran, dan memberi pendedahan kepada para pelajar sekolah rendah tentang pengunaan ICT dalam pelajaran.

Aktiviti

Para peserta dikehendaki menjawab soalan yang disediakan dan mengunakan internet untuk mencari jawapan setiap soalan yang disediakan, mereka perlu menyiapkan soalan dalam masa yang ditetapkan.

Galeri Foto