Pertandingan Puzzle Online
Tarikh : 8 September 2017 Masa : 10.30 pagi – 12.30 Tengahari Lokasi : PI1M Merbau Pulas Peserta : 9 Orang Peserta |
Tujuan
Seramai 9 orang peserta mengambil bahagian dalam program ini, pertandingan ini dijalankan mengunakan website online. Tujuan pertandingan ini dijalankan adalah untuk menguji kecekapan minda setiap perserta dalam menyiapkan tugasan yang diberi dan juga memberi pendedahan kepada para peserta berkaitan pembelajaran secara digital mengunakan ict.
Aktiviti
Menyelesaikan puzzle dalam tempoh masa diberikan dan sepantas yang mungkin dan dapat meningkatkan penguasaan dalam Bahasa Inggeris kerana puzzle mengunakan Bahasa Inggeris.
Pertandingan Mewarna Online Bersama Tadika Kemas Sempena Hari 1 Malaysia 2017
Tarikh : 14 September 2017 Masa : 10.30 pagi – 12.30 Tengahari Lokasi : PI1M Merbau Pulas Peserta : 10 Orang Peserta |
Tujuan
Para peserta terdiri dari pelajar Tadika Kemas Permatang Durian, Merbau Pulas, terdiri dari 10 orang pelajar. Pelajar dapat belajar cara mewarna online dan cara mengunakan komputer.
Aktiviti
Setiap pelajar dikehendaki mewarnakan gambar sempena Hari Malaysia secara online dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Selain belajar mewarna online, para pelajar juga belajar mengendalikan komputer seperti mengawal pergerakan mouse semasa mewarna dan bagaimana mengunakan computer
Pertandingan Kuiz Online Sempena Hari 1 Malaysia 2017
Tarikh : 15 September 2017 Masa : 2.30 petang – 4.30 petang Lokasi : PI1M Merbau Pulas Peserta : 10 Orang Peserta |
Tujuan
Para peserta seramai 10 orang perlu menjawab soalan sejarah berdasarkan tentang Hari Malaysia dan Kemerdekaan secara online mengunakan website KAHOOT. Tujuan pertandingan ini menguji pengetahuan Am dan Sejarah setiap peserta.
Aktiviti
Menguji kepantasan para peserta dan kemahiran mereka tentang sejarah dan fakta mengenai negara kita. Menjawab soalan sejarah mengunakan kahoot dalam masa ditetapkan.
Pertandingan Buku Skrap Sempena Hari 1 Malaysia
Tarikh : 23 September 2017 Masa : 2.00 petang – 4.00 petang Lokasi : PI1M Merbau Pulas Peserta : 7 Orang Peserta |
Tujuan
Aktiviti dijalankan untuk melihat kreativiti para peserta dalam menghasilkan buku skrap mengunakan bahan yang disediakan. Para peserta dikehendaki menyiapkan buku skrap dalam masa yang disediakan. Tema buku skrap berkaitan dengan sambutan Hari Malaysia. Seramai 7 orang peserta terlibat dalam aktiviti ini.
Aktiviti
Menghasilkan buku skrap mengikut tema yang diberikan dalam masa yng telah ditetapkan dan setiap pesert perlu kreatif dalam membuat buku skrap ini.
Program Dashboard Komuniti Bulan September (My Health)
Tarikh : 23 September 2017 Masa : 4.00 petang – 6.00 petang Lokasi : PI1M Merbau Pulas Peserta : 10 Orang Peserta |
Tujuan
Memperkenalkan Aplikasi Dashboard Komuniti kepada Ahli dan Pengguna PI1M, Seramai 9 orang peserta mengambil bahagian dalam program ini. Memberi pendedahan tentang penjagaan kesihatan dikalangan para peserta dan kepentingannya.
Aktiviti
Menjalankan pemeriksaan kesihatan darah kepada para peserta dan Memperkenalkan modul My Health kepada para peserta.
Pengenalan kepada Modul Dashboard Komuniti kepada AJK PI1M
Tarikh : 24 September 2017 Masa : 10.00 pagi – 12.30 Tengahari Lokasi : PI1M Merbau Pulas Peserta : 13 Orang Peserta |
Tujuan
Memberi pengenalan mengenai dashboard komuniti dan modul yang terdapat didalamnya, seramai 13 peserta terlibat. AJK PI1M mendapat pendedahan tentang kelebihan dan kepentingan pengunaan Dashboard Komuniti.
Aktiviti
Memberi pendedahan tentang dashboard dan pendaftaran JKKK untuk Modul My Soal. Mesyuarat AJK PI1M turut dijalankan untuk membincangkan program Hari Bersama.
“How To Draw Doodle Using Excel”
Tarikh : 30 September 2017 Masa : 11.00 pagi – 1.00 petang Lokasi : PI1M Merbau Pulas Peserta : 8 Orang Peserta |
Tujuan
Para peserta dikehendaki menyiapkan Doodle dalam masa ditetapkan dan seramai 8 orang terlibat dalam pertandingan ini. Memperkenalkan Microsoft excel kepada para peserta dan menarik minta mereka untuk belajar.
Aktiviti
Pelajar dapat belajar mengunakan Excel dan cara melukis mengunakan Excel. Para peserta juga belajar kemahiran baru mengunakan Excel. Setiap peserta dikehendaki menyiapkan lukisan Doodle dalam masa ditetapkan. Aktiviti ini melihat kecekapan para pesera untuk menguasai Microsoft Excel dan cara untuk melukis mengunakan Excel. Aktiviti ini dijalankan untuk menarik minat peserta supaya minat untuk belajar pengunaan Excel.
Program Klik dengan Bijak
Tarikh : 30 September 2017 Masa : 10.00 pagi – 11.00 Pagi Lokasi : PI1M Merbau Pulas Peserta : 10 Orang Peserta |
Tujuan
Peserta didedahkan kepentingan bagaimana cara untuk berkongsi maklumat dengan betul dan tidak percaya sesuatu tanpa usul periksa. Seramai 10 orang peserta terlibat dalam program ini.
Aktiviti
Para peserta menyaksikan video yang berkaitan dengan klik dengan bijak dan petugas memberi penerangan kepada mereka dan sesi soal jawab.