mcmc
Laporan Aktiviti

Majlis Penutupan Karnival Maireka@Kedah 2024

Tarikh   : 10 September 2024

Masa    : 8.30 am – 1.00 pm

Tempat : KHTP Business Centre, Kulim

Peserta : Pelajar Sekolah

Tujuan

Objektif karnival ini dianjurkan adalah untuk memberi kesedaran dan memupuk minat para pelajar mengenai peluang-peluang kerjaya dalam bidang teknologi digital dan STEM terkini dan juga untuk meningkatkan kemahiran insaniah dan melahirkan modal insan yang berkualiti dengan daya pemikiran yang tinggi. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta mengenai pendidikan ICT dan digital serta Industri Revolusi pada era globalisasi ini.

Aktivti

“MaiReka” merupakan program anjuran Kedah Digital Centre (KDC) dan MDEC dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kedah serta diuruskan oleh Kulim Technology Park Corporation (KTPC). Program ini disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, YB Dato’ Ustaz Mohd Azam Abd Samat. Antara aktiviti yang dijalankan adalah word search puzzle, pameran drone, Microbit, dan lain-lain lagi. Program ini sememangnya penting dalam usaha mentransformasi golongan muda dan pelajar sekolah menjadi pencipta digital yang bukan sahaja menggunakan teknologi tetapi turut membangunkannya.

Galeri Foto