mcmc
Laporan Aktiviti

Majlis Penyerahan Sumbangan Bakul Ramadan

Tarikh   : 22 Mac 2025

Masa    : 11.00 am – 12.00 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Golongan Asnaf, Miskin dan Ibu Tunggal

Tujuan

Tujuan majlis ini adalah untuk memberikan bantuan kepada golongan asnaf, miskin, dan ibu tunggal sempena bulan Ramadan. Program ini bertujuan untuk meringankan beban mereka dengan memberikan sumbangan berupa bakul Ramadan yang diberikan kepada 10 orang penerima terpilih yang mengandungi barangan keperluan harian, seperti makanan dan bahan asas yang dapat membantu mereka sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini. Selain itu, ia juga bertujuan memperkukuh semangat kebersamaan dan keprihatinan dalam kalangan masyarakat, serta menunjukkan tanggungjawab sosial dalam memberi sokongan kepada mereka yang memerlukan.

Aktiviti

Aktiviti yang dijalankan termasuk majlis penyerahan bakul Ramadan kepada penerima yang terpilih. Penyerahan dilakukan oleh petugas NADI, di mana Petugas secara rasmi menyerahkan bakul berisi barangan keperluan kepada penerima yang terpilih dari Golongan Asnaf, Miskin dan Ibu Tunggal yang tinggal sekitar NADI Merbau Pulas.

Gambar di sini