Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Pihak MCMC berbesar hati untuk turut sama mempromosikan program keusahawanan yang dianjurkan oleh pihak Maxis pada 24-25 Ogos 2021. Program ini turut disokong oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dan Strategic Change Management Office (SCMO).
Untuk makluman, YBM KKMM dijangka untuk menyampaikan ucapan aluan pada 24 Ogos 2021 jam 9:40 pagi. Maklumat lanjut seperti di pautan dibawah:
Agenda dan Pendaftaran : https://www.maxis-spark-usahawira.com/ms
Promosi di Youtube : https://www.youtube.com/watch?v=PsyaxbXux8k…
Promosi :
Jemputan eksklusif untuk anda! Dapatkan “tips” untuk menarik lebih ramai pelanggan. TikTok, Facebook, Google, TV, radio… Kini terdapat pelbagai cara anda boleh melakukan promosi untuk perniagaan anda. Jika anda ingin tahu rahsia usahawan lain yang berjaya menerokai dunia digitalisasi, sertailah persidangan maya Maxis Business Spark UsahaWIRA pada 24 & 25 Ogos. Bonus: Anda juga akan berpeluang memenangi hadiah lumayan bernilai lebih daripada RM4 juta! Pendaftaran percuma adalah terhad, jadi jangan ketinggalan! Cepat daftar di: https://www.maxis.my/SparkWA1
* bagi tujuan promosi terutamanya di media sosial atau platform komunikasi seperti Whatsapp dan sebagainya, mohon diselaraskan menggunakan skrip promosi seperti diatas.
Program ini akan menampilkan perkongsian dari wakil agensi kerajaan, perunding perniagaan, Shopee serta usahawan yang akan berkongsi perjalanan bagi kisah kejayaan mereka.
Sehubungan itu, mohon dikongsikan bersama warga PIK dan turut diwar-warkan kepada usahawan sekitar PIK bagi mendapatkan lebih penyertaan dari usahawan tempatan dalam program ini. Semoga para usahawan tempatan akan mendapat banyak manfaat dari program yang disertai.
Sekian, terima kasih.
