Tarikh : 28 Februari 2024
Masa : 09.30 am – 4.30 pm
Tempat : PEDi Merbau Pulas
Peserta : Komuniti Setempat
Tujuan
Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosikan perkhidmatan yang dijalankan di PEDi serta untuk membantu usahawan untuk meluaskan dan mempertingkatkan teknik pemasaran dan kemahiran perniagaan mereka supaya lebih maju. Selain itu, ia bertujuan untuk memudahkan komuniti setempat untuk berurusan tanpa perlu hadir ke cawangan.
Aktiviti
Antara agensi yang dijemput untuk membuka kaunter perkhidmatan di PEDi Merbau Pulas ialah CIMB Bank dan juga Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Kedah (JPJ), terdapat banyak perkhidmatan yang disediakan ketika kaunter perkhidmatan dari agensi dibuka dimana ia dapat memudahkan urusan komuniti untuk berurusan tanpa perlu hadir ke cawangan. Bukan itu sahaja, kelas keusahawanan iaitu kelas TikTok Shop dan juga kelas Shopee juga diadakan dengan melibatkan 20 orang peserta. Petugas juga memberi taklimat ringkas berkenaan perkhidmatan yang disediakan di PEDi kepada komuniti setempat. Selain itu, para peserta di ajar teknik pemasaran dan menghasilkan reka bentuk grafik menggunakan kaedah Kecerdasan Buatan / Artificial Intelligence (AI) sebagai kemahiran dan teknik pemasaran yang baru. Mini Program ini juga menyediakan cabutan bertuah kepada 30 orang yang bertuah sepanjang Mini Program Keusahawanan dan Agensi ini berlangsung.