Tarikh : 11 Oktober 2024
Masa : 10.30 am – 12.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan adalah bertujuan untuk memperkenalkan pelajar kepada pembelajaran interaktif dalam talian. Melalui platform permainan pendidikan ini, pelajar dapat mengembangkan kemahiran asas seperti membaca, menulis, dan menyelesaikan masalah dengan cara yang menyeronokkan.
Aktiviti
ABCya menawarkan pelbagai permainan interaktif yang merangkumi kemahiran membaca, menulis, matematik, dan pengiraan. Pelajar boleh memilih permainan yang sesuai dengan tahap pembelajaran mereka dan melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan. Kemudian, petugas membimbing peserta menggunakan laman web Kids Maze di mana peserta akan menguji kemahiran mereka dalam penyelesaian masalah melalui pelbagai cabaran maze di Kids Maze. Aktiviti ini membantu melatih pemikiran logik dan keupayaan pelajar untuk mencari penyelesaian dengan cekap. Antara kelebihan kelas ini kepada peserta ialah dengan adanya pendekatan pembelajaran melalui permainan menjadikan proses belajar lebih menarik dan meningkatkan minat pelajar untuk belajar secara berterusan. Selain itu, permainan di ABCya memberi peluang kepada pelajar untuk mengasah kemahiran asas dalam matematik, bahasa, dan sains, yang penting dalam proses pembelajaran mereka dan permainan di Kids Maze pula dapat memupuk kemahiran logik, di mana pelajar perlu berfikir secara kritis untuk menyelesaikan maze, meningkatkan daya tumpuan dan kreativiti mereka. Konkluksinya, pelajar bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran asas mereka tetapi juga membina keyakinan diri dalam pembelajaran digital. Dengan penggunaan aplikasi pembelajaran seperti ABCya dan Kids Maze, diharapkan pelajar dapat mengasah kemahiran asas mereka dalam suasana yang menyeronokkan dan tidak terlalu formal.