Tarikh : 20 Julai 2024
Masa : 10.30 am – 12.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Diadakan bertujuan untuk menggalakkan pemikiran kreatif dan inovatif dalam cara yang menyeronokkan dan membolehkan peserta mengekspersikan imaginasi mereka melalui ciptaan animasi 3D ini.
Aktiviti
‘Animated Drawings 3D’ merujuk kepada lukisan atau ilustrasi yang dihasilkan di atas kertas dan dihidupkan melalui teknik animasi. Ini bermakna objek-objek dalam lukisan tersebut kelihatan seolah-olah bergerak atau hidup dalam ruang tiga dimensi 3D. Aktiviti ini melibatkan 7 orang pelajar dan diadakan bertujuan untuk menggalakkan pemikiran kreatif dan inovatif dalam cara yang menyeronokkan dan membolehkan peserta mengekspersikan imaginasi mereka melalui ciptaan animasi 3D ini. Pada awalnya, petugas memberikan penerangan ringkas mengenai aktiviti ini mengenai cara untuk hasilkan lukisan dan cara untuk menjadikannya objek yang bergerak menggunakan laman web tersebut. Kelebihan aktiviti ini ialah dapat membantu peserta memahami konsep yang kompleks dengan lebih mudah melalui visual dan interaksi dan juga pendedahan kepada perisian dan teknik animasi 3D membolehkan peserta menguasai kemahiran teknologi moden, yang akan sangat berguna dalam era digital ini. Kuiz Kahoot juga diadakan pada akhir sesi kelas.