Laporan Aktiviti

(NADI) E-Learning – Jigsaw Puzzle Deepavali

Tarikh   : 01 November 2024

Masa    : 10.30 am – 12.30 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

Tujuan

Pertandingan ini diadakan bersempena sambutan perayaan Deepavali dengan tujuan untuk memupuk semangat kebudayaan, kesepaduan, dan kecerdasan minda dalam kalangan pelajar. Aktiviti ini juga bertujuan memperkenalkan elemen pembelajaran melalui permainan sambil menghargai nilai budaya dan perayaan masyarakat berbilang kaum. 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan ringkas mengenai perayaan Deepavali, termasuk makna simbolik dan elemen utama perayaan seperti kolam dan cahaya kepada peserta. Antara impak positif melalui pertandingan ini ialah dapat mengasah kemahiran berfikir secara logik dan strategik, membantu meningkatkan kemampuan penyelesaian masalah dan fokus. Dan tema Deepavali dalam puzzle memberi peluang kepada peserta untuk mengenali dan menghargai kebudayaan dan tradisi masyarakat berbilang kaum. Tuntasnya, dengan adanya aktiviti ini diharapkan dapat memupuk semangat perpaduan, kefahaman budaya, serta meningkatkan kecerdasan minda dalam kalangan peserta.

Galeri Foto