Tarikh : 15 Jun 2024
Masa : 10.30 am – 12.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memperingati semangat perjuangan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail serta untuk mengisi masa lapang peserta dengan perkara yang berfaedah dan bermanfaat
Aktiviti
Aktiviti ini melibatkan 10 orang peserta sekolah rendah. Pada awal sesi kelas, petugas menerangkan cara untuk menyiapkan puzzle hari dari kepingan yang diberi dan peserta perlu menyelesaikannya. Pemenang akan dipilih berdasarkan tempoh masa yang diambil oleh peserta. Pada akhir sesi kelas, petugas menerangkan dan menceritakan kisah dan pengorbanan Nabi Ibrahim AS kepada peserta yang hadir.