Tarikh : 18 Mei 2024
Masa : 10.30 am – 12.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk membimbing dan menguji para pelajar tentang asas komponen dalam subjek Matematik melalui pembelajaran secara interaktif dengan menggunakan permainan atas talian.
Aktiviti
Kelas E-Learning Matematik diadakan dengan melibatkan 10 orang peserta Tahap 1. Peserta dibimbing untuk mengakses permainan atas talian melalui lawan web abcya.com. Di dalam web tersebut, peserta dapat memilih untuk menjawab soalan Matematik mengikut tahap dan topik yang tersedia beserta permainan yang akan dimain untuk menguji kefahaman mereka. Melalui permainan interaktif ini, peserta dapat meningkatkan pengetahuan dan kemampuan mereka dalam menjawab soalan Matematik.