Tarikh : 04 April 2024
Masa : 2.30 pm – 4.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Untuk memberi peluang kepada murid untuk menonjolkan kebakatan mereka dalam mewarna selain mengisi masa lapang cuti sekolah mereka dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat dan berfaedah.
Aktiviti
Peserta diberikan sekeping kertas yang telah dicetak untuk peserta mewarna. Peserta juga diberikan penerangan ringkas mengenai pertandingan ini antaranya peserta bebas untuk menggunakan teknik apa sahaja dalam mewarna lukisan tersebut seperti menggunakan warna pensel, magic colour marker, crayon dan lain-lain lagi mengikut kreativiti masing-masing. Melalui aktiviti ini, masa lapang ketika musim cuti sekolah juga dapat diisi dengan perkara yang bermanfaat seterusnya menanam rasa kecintaan terhadap kebesaran Allah tentang keistimewaan bulan Syawal.