Tarikh : 10 Ogos 2024
Masa : 10.30 am – 12.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Diadakan bertujuan untuk memperkenalkan dan mengembangkan kemahiran asas dalam menyelesaikan teka-teki pencarian perkataan dan juga untuk merangsang pemikiran kritis, meningkatkan fokus, dan melatih kemahiran mengenal huruf serta perkataan dalam suasana yang menyeronokkan dan interaktif.
Aktivti
Pada awal sesi kelas petugas memperkenalkan konsep teka-teki pencarian perkataan dan bagaimana menyelesaikannya, kemudian petugas menunjukkan cara mencari perkataan dalam grid teka-teki menggunakan contoh mudah, diikuti dengan latihan praktikal. Kelebihan kelas ini kepada peserta ialah dapat membantu meningkatkan kemahiran mengenal huruf dan perkataan, serta mengasah kemampuan menyelesaikan masalah. Selain itu, ia juga menggalakkan peningkatan tahap tumpuan dan konsentrasi para peserta semasa menyelesaikan teka-teki. Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga bermanfaat untuk perkembangan kognitif dan sosial peserta.