Tarikh : 20 April 2024
Masa : 10.30 am – 12.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
NADI Merbau Pulas telah mengadakan kuiz kepada peserta Tahap 2 bagi tujuan meningkatkan daya pemikiran kreatif dan kritis seterusnya meningkatkan lagi pengetahuan yang terdapat dalam diri peserta.
Aktiviti
Pengetahuan am ialah maklumat yang telah terkumpul dari masa ke masa melalui pelbagai medium. Ia merupakan perkara penting yang perlu disematkan dalam usaha membentuk generasi minda kelas pertama adalah dengan menguasai pengetahuan am. Kuiz ini dijalankan melalui laman web Quizizz dimana soalan yang diberikan berkaitan dengan pengetahuan am seperti makanan tradisi, sejarah Malaysia, sosial dan budaya, isu-isu semasa dan lain-lain lagi. Melalui kuiz ini, manfaat mempelajari ilmu pengetahuan am adalah ia dapat mewujudkan masyarakat berminda kelas pertama dan juga dapat menyumbang kepada penyelesaian masalah dan perkembangan ilmu.