Tarikh : 13 Julai 2024
Masa : 10.00 am – 12.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah dan Menengah
Tujuan
Objektifnya adalah untuk meningkatkan pengetahuan peserta tentang sistem suria, termasuk planet-planet, satelit semulajadi, asteroid, dan komet dan juga untuk eningkatkan kemahiran berfikir kritis dan analitikal melalui soalan-soalan yang mencabar.
Aktiviti
Sistem suria adalah sistem planet yang terdiri daripada Matahari dan semua objek yang mengorbitnya, termasuk lapan planet, planet kerdil, bulan, asteroid, komet, dan debu antara planet. Matahari adalah pusat sistem suria dan merupakan bintang yang menyediakan cahaya dan tenaga kepada semua objek yang mengorbitnya. Kelebihan kuiz ini adalah dapat membantu peserta memahami lebih mendalam tentang sistem suria dan fenomena angkasa lepas dan juga soalan-soalan kuiz yang direka untuk menguji pengetahuan dan kefahaman peserta akan meningkatkan keupayaan mereka untuk berfikir secara kritis.