Tarikh : 02 Ogos 2024
Masa : 10.30 am – 12.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Tujuan utama kelas ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan peserta mengenai warisan budaya dan sejarah Malaysia serta untuk memupuk rasa cinta dan bangga terhadap identiti kebangsaan di kalangan peserta, serta menggalakkan mereka untuk melestarikan warisan negara.
Aktiviti
Petugas memberikan penerangan mengenai kepentingan warisan budaya dan sejarah Malaysia, termasuk pelbagai aspek seperti seni, adat resam, makanan tradisional, dan tempat bersejarah. Kemudian, peserta perlu menjawab soalan atau kuiz yang dipaparkan pada skrin layar melalui laman web Kahoot. Melalui kuiz ini, peserta akan mempelajari banyak fakta dan maklumat menarik tentang warisan budaya dan sejarah Malaysia dan juga peserta akan lebih menghargai kepelbagaian dan kekayaan warisan negara serta pentingnya melestarikannya. Kelas Kuiz Warisan Malaysia adalah satu inisiatif yang menarik dan berinformasi untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan peserta tentang warisan negara.