mcmc
Laporan Aktiviti

(NADI) E-Learning – Pertandingan Crosswords Sempena Hari Malaysia 2024

Tarikh   : 15 September 2024

Masa    : 3.00 pm – 5.00 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

Tujuan

Diadakan bertujuan untuk menyemai semangat patriotisme di kalangan peserta dengan cara yang interaktif dan menyeronokkan. Ia juga bertujuan untuk mengasah kemahiran berfikir secara kritikal dan menyelesaikan masalah.

Aktiviti 

Petugas memberikan penerangan ringkas mengenai format pertandingan, peraturan, serta tema Hari Malaysia yang akan diterapkan dalam crosswords. Petunjuk yang diberikan adalah berkaitan tokoh sejarah, peristiwa bersejarah, budaya, dan tempat penting di Malaysia. Peserta perlu menyelesaikan dalam masa yang ditetapkan dengan menjawab semua petunjuk yang disediakan dengan mengisi setiap kotak dalam crosswords tersebut. Melalui pertandingan ini, peserta dapat menambah pengetahuan tentang sejarah, budaya, dan tokoh-tokoh penting Malaysia yang dapat meningkatkan kefahaman dan kesedaran tentang warisan negara. Pertandingan ini bukan sahaja memberikan keseronokan kepada peserta tetapi juga memperkayakan pengetahuan mereka tentang sejarah dan warisan negara seterusnya menggalakkan persaingan sihat sambil memperkukuhkan nilai-nilai patriotisme.

Galeri Foto