mcmc
Laporan Aktiviti

(NADI) e-Learning – Pertandingan Jigsaw Puzzle sempena Hari Raya Aidiladha 2025

Tarikh   : 06 Jun 2025

Masa    : 10.30 – 12.30 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

Tujuan

Objektif utama pertandingan ini adalah untuk melatih peserta Tahap 1 dalam aspek tumpuan, penyelesaian masalah serta koordinasi visual-motor melalui aktiviti jigsaw puzzle digital bertemakan Hari Raya Aidiladha.

Aktiviti

Aktiviti ini dirangka agar bersesuaian dengan tahap pemahaman peserta, sambil memperkenalkan elemen pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna.

Sepanjang pertandingan, peserta telah mencantumkan kepingan-kepingan gambar yang menggambarkan suasana sambutan Hari Raya Aidiladha seperti ibadah korban, solat sunat Aidiladha dan semangat kekeluargaan. Pendekatan ini bukan sahaja menguji ketelitian dan kesabaran mereka, malah turut memperkukuh pemahaman terhadap nilai-nilai murni yang berkait dengan Aidiladha, seperti pengorbanan dan keikhlasan.

Gambar di sini