mcmc
Laporan Aktiviti

(NADI) E-Learning – Pertandingan Mewarna Sempena Bulan Kemerdekaan 2024

Tarikh   : 23 Ogos 2024

Masa    : 10.30 am – 12.30 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

Tujuan

Diadakan bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme di kalangan peserta, khususnya kanak-kanak, dengan cara yang kreatif dan menyeronokkan seterusnya untuk menggalakkan ekspresi seni, meningkatkan kemahiran motor halus, serta memperkenalkan sejarah dan simbol-simbol kebangsaan Malaysia kepada generasi muda. 

Aktivti 

Pada awal sesi kelas petugas memberikan penerangan ringkas tentang tema kemerdekaan 2024, makna di sebalik sambutan kemerdekaan, dan kepentingan menghargai kemerdekaan negara. Kemudian, peserta akan diberikan kertas lukisan yang mengandungi gambar bertemakan kemerdekaan seperti bendera Malaysia, atau bangunan ikonik Malaysia dan mereka perlu mewarna lukisan yang diberikan dalam masa yang ditetapkan. Melalui aktiviti ini, peserta akan lebih memahami dan menghargai makna kemerdekaan serta kepentingan simbol-simbol kebangsaan Malaysia dan dapat memberi peluang kepada peserta untuk mengekspresikan kreativiti mereka melalui seni, sambil belajar tentang kepentingan warna dan reka bentuk. Di samping itu, peserta bukan sahaja dapat mengekspresikan diri secara artistik, tetapi juga lebih memahami dan menghargai sejarah serta kebudayaan Malaysia.

Galeri Foto